SELAMAT DATANG KE BLOG BErPujAnggA DoT cOM

Tuesday 2 September 2014

2September 2014

Setelah beberapa bulan saya sepi,akhirnya menulis lagi..bukan untuk glamer,bukan untuk menarik perhatian tapi hanya untuk meluah.Beberapa bulan nie memang agak sibuk,dalam pembelajaran banyak benda.Almaklumlah posting ditempang paling jarang orang masuk.

   Alkisah aku kena posting dekat tuan tanah dewan bedah.1St in ur mind mesti potong-potongkan.TruLY!!!memang potong2 pon.Dari sekecil2 hiirisan luka,hingga sebesar2 hirisan.Sedih,marah,sayu pn ada bila tengok mangsa.
Sedih-walaupun pesakit suda intubate tapi auto kita nampak dia pon struggle bertahan dengan raut mukanya.
Marah-sapa yang buat pesakit tu sampai mcm tu,memang kejamm!!macam ko jek nk hidup!!!
sayu-bila 2-3kali terpaksa cpr ms on table,dalam hati "bertahanlah pesakitku"

  Tragiskan.Allah ku mohon berilah kesembuhan pada pesakitku.Selama beberapa bulan terpaksa catch blajar menda ni semua.Mudah-mudahan dipermudahkan pembelajaran.Dan hingga saat ini saya belum lagi pergi induksi.Cepatlah ckit,aku mau pindah...huhh

Thursday 30 January 2014

30/1/2014 Aku masih bernafas alhamduillilah

Assalamualaikum 2014 ,mungkin ini entri pertama tahun nie...tahun nie 27 ..sedapkan hati hanya nombor okay..Harapan tahun nie settle lesen..dari lesen misi hingga lesen scooter hikhik..sebab tahun depan mesti ada target :)

Thursday 22 August 2013

MERS-COV

Allhamdullilah hari ni 15syawal bersamaan 22/ogos/2013.Hari nie bukan day off,bukan hari kerja tapi sebaliknya hari untuk mendengar briefing.Briefing dari unit kawalan penyakit berjangkit jabatan kesihatan wilayah persekutuan kuala lumpur.

Syukur kerana berpeluang,benda nie bkn untuk buang masa.Atas nama untuk melebarkan sayap ilmu pengetahuan . Sekurang-kurangnya kita tahu isu-isu up to date tentang medical field.

Tajuk briefing Persiapan menghadapi penyakit respiratori MERS-COV lebih kurang cm nie tajuknya.Masa menulis dalam nie tak tengok buku.Saya akan cerita apa yang saya ingat  (malas tengok buku) .Briefing bertempat di institut pengurusan kesihatan bangsar.

Okay mers-cov nie penyakit berjangkit tau,kes start 2012 dalam bulan april.Kebanyakkan kes yang didetect pesakit ada sejarah p tanah arab.Punca belum dikenal pasti sebab, kalau tak silap kes hanya ada 94 kes.Sebelum menular baik hebahkan untuk langkah berjaga-jaga.

Ini berikutan tak lama lagi musim haji.Dikuhatiri banyak kes akan berlaku.simptom demam,batuk dan simptom seakan-akan pneumonia,ILI,SARI(severe acute respiratory infection) sila betulkan kalau salah.

Jemaah haji akan diberikan kad alert yang menyatakan mereka pernah pergi tanah arab,so bila pergi mana-mana pusat kesihatan dan menunjukkan simptom ,doktor harus merujuk kes ke hospital.Ini kerana test untuk spesimen dari pesakit tersebut hanya boleh dilakukan di makmal tertentu.

Nasihat untuk jemaah haji,pakai mask,hand sanitizer dan jangan makan ,makanan yang tidak masak dengan sempurna serta berkuatkuasa tahun nie jemaah tidak dibenarkan untuk mengunjungi ladang unta.Kerana di percayai jangkitan disebarkan oleh binatang tetapi belum dapat kesahihan.

Cerita tentang spesimen,specimen kena ambik at least 1ml sahaja,sebab kalau terlalu banyak akan dilute specimen.menyebabkan result menjadi negative.Ada 3 cara specimen tapi paling common kita buat adalah sputum.Lain-lain bru tadi dengar.

Rawatan untuk penyakit ini tak ada yg specifik,just rawat simptom.Tapi paling penting bila patient admit kena isolation,orang yang mempunyai penyakit contoh heartattack,dm,kidney etc tidak dibenarkan menjaga pesakit.

Rasa nie yang penting setakat nie.Apa-apa updated tentang penyakit nie saya akan updated..

Sunday 28 July 2013

Saya Tak pernah Memutuskan persahabatan

Sejujurnya saya tak pernah memutuskan persahabatan.Tapi andai takdir memutuskan redha.Penghujung sebuah perkenalan adalah titik noktah,yang kau cipta.

Dahulu,pernah berjanji akan melindungi,akan mengambil berat.Tapi itu semua poyo.Berubah 101% ,ertinya saya orang asing yang hidup sekadar mencuit sedikit dari diari hidup kamu.

Pasrah.
Kesal .
Terlalu kesal.

Sunday 7 July 2013

Saya tak cari pasal

Hanya tuhan tahu,macam mana situasi sy sekarang.Serangan bertubi-tubi dari dua pihak,rasa-rasa adil ke pada saya??Memanglah saya mengaku itu salah saya.Tapi sampai tiap ayat saya ,di kata semua salah,saya nak kata apa?Commonlah korg da dewasa tapi perangai budak-budak.Korang buat hal saya lak disalahkan.Bukan ke bangang namanya tu?

Saya tak pernah mendoakan tak baik.Tapi salahkah saya mendoakan kawan saya ke landasan terbaik?Hidup semantara geng.Korg ego ,korg tak prasan.Saya hanya mampu senyum dan senyap je sekarang.Saya tak nak mengeruhkan keadaan.Korg cakaplah apa korang nak cakap.ME malas nak masuk campur.

Masuk ramadhan excited,tapi untuk raya?tak fikir apa-apa pon.Raya haji pon tak rasa apa.Nie raya puasa,for nothing pon.Raya untuk cari nafkah,jauhkan dari benda2 remeh dan tak elok.

Kalau korg ada tahap kesabaran ,saya pon ada.saya melawan bukan sebab ego,tapi ayat korg pon boleh tahan.Saya senyap korg kata macam2,sy lawan korg cakap dunia nie macam saya punya.Tuhan je tahu.Ini tak adil pada saya.

Apa-apa pon saya minta maaf kalau ada buat salah.Tahu ayat maaf tu senang.Tapi ingatlah pokok takkan tumbuh kalau tak da akar,begitu juga masalah,takkan jadi lau takde penyebab.PEACE!!!

Sunday 30 June 2013

Klinik pakar mata??!

Klinik pakar mata Queen elzebeth I.Tak tahu ejaan betul tak.Bermulanya kisah ogos 2012. 2000H,lokasi emergency department hospital Kota Belud.Mangsa cik zana my lovely young sister kehkeh.Datang atas complain headache,blurrvission,bebola mata bahagian belakang sakit,mata berair.

MA(medical assistant) bagi treatment eye drop n ponstan 500mg.TCA esok paginya dekat klinik mata hospital kota belud.Ok fine! Balik dengan hampeh,esok paginya datang klinik mata.Macam biasa ,register dan tunggu turn.Punya lama tunggu ,ajak budak p makan.Abis makan turn tak sampai lagi.perggghhh hospital gomen.Tunggu hampir sejam.Tung-tang2 okay turn sampai .Masuk dalam ada staffnurse n MA,MA ambik history panjang cerita adik saya nie.Tapi pendek kata benda nie start masa dia PLKN.

Habis history MA nak cek IOP .IOP tu tekanan dalam mata.Masa tunggu pupil dilate sempat juga merapu dengan adik nie, "jangan jak glucoma". Mulut saya celupar kot,MA n SN kecoh apasal staff emergency tak cek IOP dibawanya glukoma free2 lesen MA tu kena gantung lau patient buta.

Cek IOP bapak tinggi,MA terus refer Klinik pakar KK,kitorg naik ambulans.Kira kes emergency.Tuhan jak tahu macam na keadaan time tu.Saya hanya sempat inform bro "kitorg kena refer pakar kk,emergency kes". Batri Hp mati,arggghhh.. Time tu saya nazak,call member area kk.Nasib ada seorang datang antar .Sampai takde terus jumpa doktor.Tunggu turn lagi.Jumpa doktor,cek struktur mata,semua okay.Kena plak next appointment untuk cek saraf.Tapi dah tro glukoma.huh

Appointment on time.Hasil penemuan okay ada saraf yg damage.huh sejak tu adik saya nie kena label glucoma.Doktor bagi ubat control medicine XALATAN.Ubat nie untuk menurunkan tekanan dalam mata.Sebagai sis memang risau giler.Budak ni post pula dalam fb betapa kerisauan dia tahap gaban.Tapi kita nie sibling dia kena bagi support.

Support giler2,sampai suatu tahap ada orang complain kenapa sy lebihkan adik saya berbanding diri sendiri.Saya senang jawab ,dia adik saya,wasiat mak saya,mereka tanggungjawab saya.Hal macam nie jugalah yang membuat saya n orang tu ranggang.Saya tak salahkan dia .Tapi harus faham,separuh hidupku bersama-sama mereka.Susah,senang puas bersama mereka,tolong hormati pendirianku.MINTA MAAF BUAT ORANG TU.

Appointment MEI sungguh tragis buat budak nie.Mana taknya.Macam-Macam test tapi doktor tak puas hati dengan hasil.Jumpa 3orang doktor time tu.Doktor ke3 adalah ketua pakar mata.Budak nie tengok mcm mana 2orang doktor  kena marah oleh ketua pakar.Alkisahnya mereka salah diagnose sakit budak nie,wtff!!doktor insan biasa membuat kesilapan hampir beberapa bulan.Budak nie bebas dari glucoma!!tapi appointment bulan 9 ,adalah penentu.

ME as medical team kadang-kadang bersyukur sebab faham perjalanan penyakit.Bidang nie banyak mengajar sy menjadi orang.Moga tuhan permudahkan perjalanan hidup kami sekeluarga.Kami tak minta kemewahan,tapi kesedarhanaan itu jadi rebutan.Thanks Allah memberi hati yang sentiasa cool walau ditimpah macam-macam.

Friday 21 June 2013

BERUBAH..bukan kecelaruan identiti

Semalam 21/6/2013,senior staffnurse buatlah exam nak tahu personaliti.Dia bagi buku,dalam buku tu ada corak-corak. Best thing is semua corak dalam buku tu tak menarik okay(terus-terang)hihihi.2-3kali belek memang susah nak minat.

  Saya tak tahu macam-mana yang lain cepat pilih. Mungkin saya nie jenis yang cerewet. Nak yang the best. Mungkin pemilihan warna untuk setiap corak tu tak betul. Mesti saya akan popular lepas nie. HAHAHA .Mana taknya,tergolong dalam golongan pelik.Tapi best jadi pelik nie.orang akan sentiasa ingat.Tengok je lar semalam je staffnurse tu terus ingat nama saya..

Hebat penangan pelik-pelik nie. Minat apa pon janji tak kacau orang. Teruskan hidup dilandasan sendiri. Jatuh bangun kena usaha sendiri.Jangan mengharap sokongan orang.Sebab sokongan tue tak pernah kekal suatu saat akan hilang sendiri.Suatu saat kita akan hidup sendiri dan buat keputusan sendiri.

Thanks kepada orang yang pernah beriya-iya menyokong,dan akhirnya hilang dibawa angin keseronokan. Perbuatanmu merupakan permulaan perubahanku.

Thursday 20 June 2013

Kasih sayang

Nampak gambar?kasih sayang tiada tandingan,
Saya pandai pegang baby dah,
Nampak tak mesranya disitu,
Untung jadi baby,tak dak masalah,
Lapar nangis ,kita bagi susu diam,
Bagi susu ais ,pewot meragam,(Mn pernah bagi pun)
Istimewanya baby,wangi..
Tak letak apa-apa perfume ,
Istimewa jadi baby ,orang ramai nak cium
Tapi dulu saya tak suka orang cium adik saya,
Itu adik saya buat apa orang nak cium,
Pemikiran tak tahu apa,
Apa-apa pun i ♥ myjob ,
Dulu set nak berbakti pada orang tua,
Katanya tak suka baby,Sebab tak pandai pujuk,
Sekarang,sedangkan orang yang setia boleh berubah,inikan pula minat kitakan..
Thanks god give me this job ,
I ♥ myjob ⊙﹏⊙

Tuesday 18 June 2013

KEEP IN TOUCH

Friend keep in touch ya!!pesan seorang kepada temannya.Walau apa pun terjadi kita tetap kawan,tenggelam dan timbul bersama.Takutnya saya kehilangan seorang insan bernama kawan.Fobianya saya menerima SMS  dari kawan lama . Semuanya sebab ayat nie "kak,saya nie adik zulkefli,abg saya dah sebulan meninggal.saya try contact akak nak gtau tapi tak jumpa no."

  Yes dia bernama arwah zulkefli,budak Smk muhd.ali Ranau sabah.2007 kami kenal secara tak sengaja.Masa tu gila chat,dan masa tu sebenarnya chat dengan sepupu dia.Mungkin takdir ,suatu hari tue borak dengan sepupu dia,sepupu dia pass fon p tempat dia.Serasi bercakap ..bla...bla...bla...terjadilah ikatan persahabatan.

  Dia budak MIAT unikl.Nama panjang malaysian institute aviation tech.Kira mekanik kapal macam tu,dalam tahun akhir.Banyak jugalah tahu pasal dia,stdy dia,family dia,awek dia.Gaduh dengan awek mengadu dengan kita.Kira kitorg rapat tapi tak pernah jumpa dan tak pernah fikir pun untuk bercouple kata orang.Kadang-kadang menjadi penasihat kita nie ar.Serius saya rindu kawan seperti dia.

  Pertama dan terakhir dia paksa saya ikut permintaan dia.Walaupun hanya untuk 5minit.Permintaan dia nak jumpa saya.Hari raya 2008,kebetulan masa tu abang saya bertunang p tempat dia di Ranau.Dan kebetulan time tu lepak kejap di Poring Ranau.Dia pun sengaja ajak family dia p poring time tu,lama juga dia tunggu.Dalam hujan.Just say assalamualaikum,chat x?pas tu snap pict.sweet x??lepas tu balik.

Paling-paling tak sangka permintaan dia tu adalah pertama dan terakhir kami jumpa.Allah maha mengetahui ,apa hikmah kami berkenalan n bersua hanya 5minit.Cerita di sebaliknya saya pernah mengabaikan dia sebagai kawan saya.Dia mengadu saya tak pedulikan,dia mms gambar berdua kitorg.Jahatnya saya.sebulan saya Tak contact dia.Bila adik dia sms,saya terduduk lemah.Sampai sekarang saya rasa bersalah sangat dekat dia. Dia accident masa dengan motor masa balik dari keja.

Alfatihah buat arwah,moga dia memaafkan saya.Saya belajar untuk menghargai erti sebuah persahabatan.Andai masa boleh diputar,saya akan selalu keep in touch dengan dia.Dengar keluhan dia,saya tak nak menyesal seperti sekarang.

Diberi kesedaran satu nikmat. Alhamdullilah!

Monday 17 June 2013

EGOkah Aku?

Apa itu EGO???saya nak bertanya, antara perempuan dan lelaki, siapa yang lebih tinggi EGO? Majoriti akan jawab lelaki yang tinggi egonya.. betul.. lelaki memang tinggi egonya.. tapi jangan fikir yang perempuan tiada ego...

EGO sebenarnya adalah sikap dimana tidak mahu mengalah, keras kepala,melindungi diri,tidak kenal erti putus asa serta mementingkan diri sendiri...  ego memang penting untuk meningkatkan self-esteem. Self-Esteem yang melampau menjadikan orang itu ego sehingga tidak kena pada tempatnya.

Berbalik pada tajuk asal egokah aku?saya bertanya pada diri,egokah aku?bila melihat pada definisi memang PERNAH ada dalam diri semenjak 0day-25tahun sahaja.Saya tahu itu salah,tapi pengalaman membuatkan saya jadi begitu taksub n agresif dengan sikap nie.Alkisahnya,bermula bila my mum mula memberi kepercayaan kepada saya untuk membimbing adik-adik saya pada asalnya.Namun benda nie terbawa-bawa hingga ke luar rumah.Dan makin meningkat apabila my mum telah pergi buat selama-lamanya.

Kenapa selepas my mum meninggal? Pentingnya ego supaya Saya dapat membuat keputusan untuk diri dan adik-adik saya.Tahu tak tanpa ego mungkin kami-kami yang tak punya apa-apa nie akan diperbodohkan.Ingat senang hidup tanpa parents?sangat-sangat mencabar.sekarang kerana ego,bila saya balik kampung mereka tak berani buat hal keatas adik-adik saya.Tapi bila saya balik n checkout dr kampung,macam-macam bunyi saya dengar.Pentingnya ego saya masa itu.

Tapi langit tak selalunya cerah,hujan ditengahari.Saya tersalah langkah.Buat mangsa saya minta maaf banyak-banyak.Saya tahu ada masa dia menjenguk juga d laman kebencian nie.Tak terniat buat begitu,akibat dorongan dan cabaran saya buat begitu.
Huraian dari pihak A:
Saya punca segala-galanya,kerana ego katanya.semua negatif adalah saya.Saya langsung tak diberi peluang membela diri. Dan label semua pekataan saya adalah salah

Huraian dari pihak SAYA:
Ya saya mengaku berpunca dari saya.Tapi fikirkan sejenak dari mana ia bermula,takkan pokok tiba-tiba membesar tanpa akar.Makanya diberi otak untuk berfikir dari mana akar umbi kesalahan.Kalau anda adalah orang dewasa anda akan berfikir 5w(what,why,where,when,who) nampak kolot .Tapi back to basic bagi otak tu berfikir.Jangan hanya menyalahkan orang 100%..sekarang saya 26tahun saya hanya akan menjawab,terpulang ,ok,saya cuba.Jangan hanya sebab umur kita lebih tua,kita label diri kita dewasa. Saya senang melabel diri anda "LOSER".Tahu mengambil hak orang,tak fikir itu kebudak-budakan,memintas jalan orang??.Dimana nilai dewasa?tanya diri.

Saya tak rasa saya betul, ada masa saya perlu dengar pandangan orang.Ada tindakan tak perlu saya buat.Tapi orang yang sentiasa disisi saya melihat 24jam mesti akan tahu egokah aku?Orang terdekat nilai la saya.

Sila tinggalkan komen selepas membaca .PEACE!!(*^﹏^*)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...