SELAMAT DATANG KE BLOG BErPujAnggA DoT cOM

Monday 17 June 2013

EGOkah Aku?

Apa itu EGO???saya nak bertanya, antara perempuan dan lelaki, siapa yang lebih tinggi EGO? Majoriti akan jawab lelaki yang tinggi egonya.. betul.. lelaki memang tinggi egonya.. tapi jangan fikir yang perempuan tiada ego...

EGO sebenarnya adalah sikap dimana tidak mahu mengalah, keras kepala,melindungi diri,tidak kenal erti putus asa serta mementingkan diri sendiri...  ego memang penting untuk meningkatkan self-esteem. Self-Esteem yang melampau menjadikan orang itu ego sehingga tidak kena pada tempatnya.

Berbalik pada tajuk asal egokah aku?saya bertanya pada diri,egokah aku?bila melihat pada definisi memang PERNAH ada dalam diri semenjak 0day-25tahun sahaja.Saya tahu itu salah,tapi pengalaman membuatkan saya jadi begitu taksub n agresif dengan sikap nie.Alkisahnya,bermula bila my mum mula memberi kepercayaan kepada saya untuk membimbing adik-adik saya pada asalnya.Namun benda nie terbawa-bawa hingga ke luar rumah.Dan makin meningkat apabila my mum telah pergi buat selama-lamanya.

Kenapa selepas my mum meninggal? Pentingnya ego supaya Saya dapat membuat keputusan untuk diri dan adik-adik saya.Tahu tak tanpa ego mungkin kami-kami yang tak punya apa-apa nie akan diperbodohkan.Ingat senang hidup tanpa parents?sangat-sangat mencabar.sekarang kerana ego,bila saya balik kampung mereka tak berani buat hal keatas adik-adik saya.Tapi bila saya balik n checkout dr kampung,macam-macam bunyi saya dengar.Pentingnya ego saya masa itu.

Tapi langit tak selalunya cerah,hujan ditengahari.Saya tersalah langkah.Buat mangsa saya minta maaf banyak-banyak.Saya tahu ada masa dia menjenguk juga d laman kebencian nie.Tak terniat buat begitu,akibat dorongan dan cabaran saya buat begitu.
Huraian dari pihak A:
Saya punca segala-galanya,kerana ego katanya.semua negatif adalah saya.Saya langsung tak diberi peluang membela diri. Dan label semua pekataan saya adalah salah

Huraian dari pihak SAYA:
Ya saya mengaku berpunca dari saya.Tapi fikirkan sejenak dari mana ia bermula,takkan pokok tiba-tiba membesar tanpa akar.Makanya diberi otak untuk berfikir dari mana akar umbi kesalahan.Kalau anda adalah orang dewasa anda akan berfikir 5w(what,why,where,when,who) nampak kolot .Tapi back to basic bagi otak tu berfikir.Jangan hanya menyalahkan orang 100%..sekarang saya 26tahun saya hanya akan menjawab,terpulang ,ok,saya cuba.Jangan hanya sebab umur kita lebih tua,kita label diri kita dewasa. Saya senang melabel diri anda "LOSER".Tahu mengambil hak orang,tak fikir itu kebudak-budakan,memintas jalan orang??.Dimana nilai dewasa?tanya diri.

Saya tak rasa saya betul, ada masa saya perlu dengar pandangan orang.Ada tindakan tak perlu saya buat.Tapi orang yang sentiasa disisi saya melihat 24jam mesti akan tahu egokah aku?Orang terdekat nilai la saya.

Sila tinggalkan komen selepas membaca .PEACE!!(*^﹏^*)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...