SELAMAT DATANG KE BLOG BErPujAnggA DoT cOM

Monday, 8 October 2012

SUDOKU





Pernah dengar LIKE,kalau tak pernah dengar scroll atas/bawah.Jom cerita-cerita tentang permainan nie.sebelum cerita kena tengo dulu sejarah :) okay.Jangan tau main saja.



Sudoku adalah permainan berdasarkan logik juga dikenali sebagaiNumber Place di Amerika Syarikat. Matlamat permainan kanonikal ini adalah untuk memasukkan suatu digit bernombor dari 1 ke 9 dalam satu sel grid 9X9 dengan subgrid 3X3 yang dipanggil 'kawasan' bermula dengan beberapa nombor 'diberi' dalam sesetengah sel lain. Setiap sel dan kawasan hanya boleh mempunyai satu kali sahaja suatu nombor digit dari 1 ke 9 sahaja. Menghabiskan permainan ini memerlukan kesabaran dan kemahiran berfikir secara logik. Walaupun ia mula diterbitkan pada tahun 1979, ia mula mendapat nama di Jepun pada tahun 1986 dan pada peringkat antarabangsa pada tahun 2005. Sebab mengapa popularitinya naik dengan begitu lambat masa yang diambil masih menjadi tanda tanya.

Daya tarikan permainan ini adalah kesenangan peraturannya untuk menghabiskan, tetapi kesusahan daya logik yang diperlukan untuk melakukannya. Sudoku disyorkan oleh sesetengah guru untuk menaikan kebolehan seseorang dalam pemikiran dan penyelesaian masalah secara logik. Taraf kesusahannya boleh ditentukan untuk para pemainnya. Permainan ini seringkali didatangkan percuma dalam sumber-sumber media seperti surat khabar dan juga boleh dicipta oleh program aplikasi komputer yang khusus bagi tujuan ini.


                         ----------------------------------------------------------

Pertama sekali tengok benda nie masa LOWER 6.Masa tu ada la budak IQ tinggi tengah main dalam keta.Dok tengok dia main.Tiap-tiap pagi masa dalam keta nak pegi sekolah tengok dia main.Benda nie ada dalam newspaper,tengok je dia main :) Tau dia IQ tinggi pon sebab dia duk sc stream kat sekolah .dah tu daddy dia sekolah jepun kot..Kalau speaking tak yah citelah cam air tapi kalau dengan budak-budak kampung cakap melayulah.dia just cakap org putih dengan anak lect sebaya dia.Dikelilingi budak-budak pandai nie okay juga kn.Oh ya dulu aku duduk kat Institut pertanian sabah,rumah macik kecoh aku..:] masa form 6 duduk sana.Bergaul dengan anak-anak staff pertanian.Main benda-benda moden.Paling tak pon hari-hari jogging.Sampingan main badminton,pingpong dan keranjang.Masa nie memang sempoi,aku geng dengan budak form 3 yang biul macam aku.Asal hujung minggu budak nie bermalam rumah aku,aku asal hujung minggu seorang kat rumah .HOME ALONE saje.The best thing is budak nie suka berjalan,kami selalu ukur IPS jalan kaki bawa bola keranjang/raket la konon hahaha puihhhhh...sampai perumahan pegawai-pegawai kitorang ukur.cari buah,buka curi tapi nama pon institut pertanian buah banyak nie..dari buah tu jatuh membazir baik kitorang makan..alar staff tak marah pon..

kembali ke cerita asal.Pagi-pagi mesti aku duduk sebelah budak nie.Lama-lama nak juga main benda yang dia main nie.tapi form 6 memang aku betul-betul  sibuk.Pegi sekolah 6 pagi,balik 6 petang.2tahun macam tu.Nak settle project, kejar study,settle project, kejar study,settle project, kejar study.wowww aku x sangka aku da buang masa untuk form 6.Nak try main benda nie memang tak ada masa.Sampai aku sambung study kat KEHEL..kehkehkeh...Lepas enam bulan aku kat KEHEL ,aku mula merayap,konon-konon pegi MPH,tempat jual buku..Terjumpa la buku SUDOKU murah 11 hengget n tebal pulak tu..puas hati!!!!!!Aku ambik masa 2BULAN dok tenung benda nie.macam mana nak main??macam na nak stat??Aku cabar diri aku ..Jangan ingat orang cina je pandai main.Bangun pagi-pagi dok tenung benda nie.TRY wat x pernah jadi.Tapi ada satu hari tue tetiba dapat ilham.Macam cerita dongeng je aku rasa.Start dari situ ari-ari buat,lepak KLCC duduk-duduk termenung pon layan buat benda nie.sampai tak sedar dah pukul 6 petang ..gila x???Otak serabut mana perasan da masa pukul berapa.Lama juga kawan dengan buku nie.Berbangga pandai main haha..


Aku try pengaruh kawan aku tapi dorang tak pernah heran.Kawan-kawan aku nie kira tak berapa nak buka minda kot.Dorang nie kira bila orang dah beramai-ramai minat baru dorang nak minat.Dan pada aku kalau menda tue orang ramai tak minat aku suka,sebab kelainan,bila orang ramai nak minat aku jadi tawar hati hehe..Bukan hanya pada permainan tapi lagu,filem,pelakon,n bla..bla..bla....pelikkan..tapi tak kesah aku puas hati bila da tau main :)http://www.emocutez.com 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...